DUA bangunan bersejarah yang berdiri di tapak yang diperuntukkan bagi rumah jagaan baru di Hospital Alexandra mungkin akan dikekalkan sebagai sebahagian daripada kemudahan itu.
Bekas Hospital Tentera British yang wujud sejak lewat 1930-an itu akan dibangunkan semula menjadi kampus kesihatan bersepadu, dengan fasa pertama pembangunan semula dijangka siap menjelang 2030.