Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 diberkas, lebih 3,400 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas oleh Kastam S’pura

Jan 13, 2023 | 05:35 PM



DUA warga Singapura diberkas dengan lebih 3,400 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi pada Selasa dan Rabu lalu, kata Kastam Singapura pada Jumaat. (13 Jan)


Jumlah duti yang tidak dibayar adalah lebih $360,000, manakala cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak dibayar adalah melebihi $32,000.


Salah seorang suspek, seorang wanita berusia 28 tahun, telah diberkas pegawai Kastam di satu bangunan perindustrian di Hillview Terrace pada Selasa lalu.


Pegawai telah memeriksa van yang dipandunya dan menemui 1,070 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam kenderaan itu.

Wanita itu segera ditangkap.


Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah unit di bangunan sama telah membantu pihak Kastam menemui 2,428 karton seludup lagi.


Keesokan harinya, pegawai menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang didakwa menggunakan trak untuk menghantar rokok yang tidak dibayar cukai ke bangunan perindustrian itu.


Kenderaan itu telah dirampas dalam operasi tersebut. Siasatan sedang dijalankan.


Adalah menjadi satu kesalahan untuk membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai, kata Kastam Singapura.


Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut juga boleh disita.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian hotline Kastam Singapura di 1800-233-0000 atau e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >