Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

2 diberkas terlibat bantu bisnes ceti haram

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 diberkas terlibat bantu bisnes ceti haram

Jan 15, 2021 | 05:30 AM

POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 35 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat membantu along atau ceti haram menjalankan bisnesnya.

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata pada 12 Januari mereka mendapat maklumat mengenai kes gangguan pemiutang haram di Pasir Ris Drive 4 di mana mangsa menerima gambar-gambar unit rumahnya dengan mesej berkaitan hutangnya.

Hasil siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti identiti lelaki dan wanita terbabit dan mereka diberkas kelmarin.

Polis berkata siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu didakwa membantu pemiutang haram dengan mengambil foto-foto unit rumah mangsa, sementara wanita itu dipercayai merupakan pihak yang menyarankan agar khidmat lelaki itu digunakan.

Sebuah telefon bimbit dirampas sebagai bahan bukti kes

Siasatan masih dijalankan.

Di bawah Akta Pemiutang Wang (Edisi Yang Disusun semula 2010) pesalah kali pertama yang didapati membantu urusan pemiutang tidak berlesen boleh didenda tidak kurang $30,000 dan tidak melebihi $300,000, penjara bagi tempoh sehingga empat tahun dan sebatan sehingga enam kali.

Orang awam dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kegiatan ceti haram dan tidak bekerja atau membantu urus niaga mereka dengan cara apa pun.

Mereka boleh menghubungi polis di talian 999 atau hotline X-Ah Long di 1800-924-5664 jika mereka mengesyaki sesiapa yang terlibat dalam kegiatan pemiutang haram.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3