DUA lelaki masing-masing didenda $3.98 juta setelah mengelak membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pembelian bir dan minuman keras, kata Kastam Singapura semalam.
Song Hock Kee, 55 tahun, dan Tan Lip Cheong, 51 tahun, telah mengemukakan dua permit pengisytiharan kepada Kastam Singapura bagi mengeksport lebih 51,000 botol minuman keras, bir dan wain pada Februari tahun lalu.