Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 ditangkap curi bahagian alat motosikal di Woodlands, Marsiling

Mar 23, 2017 | 11:48 AM



DUA lelaki berusia 24 dan 26 telah ditangkap kerana didakwa mencuri bahagian alat motosikal.

Kes-kes itu, dilaporkan sejak akhir Februari dan pertengahan Mac, melibatkan kecurian komponen brek motosikal kapasiti besar, kata polis pada Khamis (23 Mac).

Mereka dikatakan memuat naik penjualan bahagian alat motosikal yang dicuri itu di Facebook, menurut siasatan awal.

Kejadian curi itu berlaku di kawasan perumahan Woodlands dan Marsiling. Pegawai-pegawai dari Bahagian Jurong mengenal pasti identiti mereka dengan bantuan rakaman kamera polis.

Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya yang lebih tua itu masing-masing ditahan pada Rabu (22 Mac) di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Alat seperti plier, dua sepana dan satu set kunci allen - sejenis sepana - dirampas daripada salah seorang daripada mereka.

Jika sabit kesalahan, mereka menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Dalam kenyataannya, polis menasihatkan pemilik kenderaan supaya meletak motosikal mereka di tempat terang, memasang sistem penggera antikecurian dan menutup motosikal menggunakan kanvas.

Peranti mengunci tambahan juga disyorkan. Pemilik juga harus pastikan bahagian alat kenderaan yang diinginkan dibeli daripada pengedar sah, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >