Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 ejen Prudential didakwa palsukan dokumen

May 20, 2022 | 05:30 AM



DUA ejen insurans dari Syarikat Prudential Assurance Singapura yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan borang bimbingan telah didakwa di mahkamah pada Khamis (19 Mei).



Grace Tan Zhen Zhi, 38, menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penasihat Kewangan, dan Eunice Yuen Pui Leng, 44, menghadapi sejumlah enam pertuduhan, lima di bawah Akta yang sama dan satu kerana sengaja menghalang keadilan.



Menurut kenyataan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Yuen telah dimaklumkan pada 14 September 2018 untuk menghadiri temu bual dengan MAS bagi memberi keterangan berhubung satu siasatan.



Dokumen-dokumen mahkamah mendedahkan bahawa antara 14 Sept dan 16 Sept 2018, Yuen didakwa meminta Tan mengisi borang bimbingan walaupun mengetahui Tan tidak mempunyai pengetahuan tentang butir-butir sesi itu.



Borang itu berkaitan dengan dua pekerja Prudential, kedua-duanya diselia oleh Yuen: Encik Mon Chao dan Encik Benny Lim Hee Loon.



Tan kemudian dikatakan mengisi borang-borang itu, membuat catatan palsu, sebelum diserahkan kepada pegawai MAS.



Pada 17 Sept 2018, susulan perintah yang dikeluarkan oleh MAS, Yuen didakwa telah memberikan borang-borang yang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan kepada pegawai MAS.



Tujuh borang bagi setiap orang itu dikatakan mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan mengenai tarikh sesi bimbingan yang diadakan dengan dua pekerja itu, butiran-butiran perkara yang dibincangkan semasa sesi itu dan tarikh dokumen itu disediakan.



Menjelang temu bualnya dengan MAS, Yuen juga dikatakan memadam mesej WhatsApp yang mungkin diperlukan untuk siasatan MAS.



Jika Tan dan Yuen didapati bersalah membuat catatan palsu dalam dokumen-dokumen atau menyebabkan catatan sebegitu dibuat, mereka boleh didenda sehingga $100,000 atau penjara sehingga dua tahun bagi setiap pertuduhan.



Jika Yuen didapati bersalah memberikan dokumen yang dipalsukan kepada MAS atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan kepada pegawai penyiasat MAS semasa temu duga, dia boleh didenda sehingga $50,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.



Jika dia didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan sengaja, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.



Tarikh mahkamah seterusnya untuk Tan dan Yuen ialah pada 16 Jun.



DARI MAHKAMAH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >