Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 generasi bomba berani mati demi pertiwi

Aug 09, 2019 | 05:30 AM



HARI Kebangsaan tahun ini lebih bermakna buat pasangan bapa dan anak, Pegawai Waran 1 (WO1) Jubri Tokio dan Sarjan Muhammad Fadhly Jubri.



Maklumlah, ini kali pertama mereka bergandingan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang akan berlangsung di Padang petang ini.



Menggayakan seragam coklat Briged Bomba Singapura, yang merupakan pendahulu Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikenali hari ini, WO1 Jubri, 57 tahun , dan Sarjan Fadhly, 27 tahun, akan menaiki kereta berhias mewakili SCDF dalam bahagian prolog.



"Saya bangga dapat menyertai tahun ini... bersama anak untuk meraikan tahun Bicentennial.



"Tak semua dapat peluang ini," ujar WO1 Jubri, yang merupakan pakar pengurusan operasi divisyen keempat.



Bagi Sarjan Fadhly, berdiri di sebelah insan yang merupakan sumber inspirasi, lebih-lebih lagi sepanjang perjalanannya berkhidmat dengan SCDF, merupakan detik istimewa.



Pakar penyelamat kebakaran dan juruteknik perubatan kecemasan itu menceritakan, ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS), pegawainya sering berkongsi kenangan bersama bapanya, yang waktu itu jurulatih Akademi Pertahanan Awam (CDA).



"Daripada situ, saya berminat mahu terus menyertai SCDF secara tetap dan mengikut jejak langkahnya," kongsi anak kedua dalam keluarga tiga adik beradik itu.



WO1 Jubri pula sudah berkhidmat berdekad lamanya sejak di Khidmat Bomba Singapura. Justeru, Sarjan Fadhly sering mencungkil pengalaman bapanya.



WO1 Jubri pula akan memberikannya dorongan dan semangat supaya terus berkhidmat.



Keadaan berbeza sekarang kerana terdapat kursus dan latihan melengkapi mereka dengan kemahiran sebelum menjalankan misi.



Tambah WO1 Jubri:



"Apabila menghadapi api besar, barang kita terhad. Ada cabaran dalam cara melawan api.



"Sekarang, teknologi berkembang, barang canggih, dan ini memudahkan pekerjaan kerana dapat membantu dalam misi harian.



"Saya kongsi dengan dia, dulu susah, sekarang semua tersedia. Namun, yang paling utama ialah keberanian hati mahu menyelamatkan orang. Itu tetap sama dari dulu hingga sekarang."



Bakal datuk itu juga sentiasa menasihati anaknya supaya bersabar menghadapi apa jua keadaan.



"Ini pekerjaan murni kerana tak semua orang dapat buat," ujarnya.



Bahkan, NDP mempererat hubungan bapa dan anak itu yang sememangnya rapat, ujar Sarjan Fadhly.



Beliau yang bakal menimang cahaya mata berkata:



"Bagi kita yang masih muda, kita harus menghargai orang lama, generasi perintis, kerana apa yang kita ada sekarang ini hasil jasa dan sumbangan mereka juga."



"Sekarang, teknologi berkembang, barang canggih, dan ini memudahkan pekerjaan kerana dapat membantu dalam misi harian.




Saya kongsi dengan dia, dulu susah, sekarang semua tersedia. Namun, yang paling utama ialah keberanian hati mahu menyelamatkan orang. Itu tetap sama dari dulu hingga sekarang."
- Pegawai Waran 1 (WO1) SCDF, Jubri Tokio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >