Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 kanak-kanak antara 5 cedera dalam kemalangan di River Valley

Sep 01, 2021 | 01:13 AM



LIMA orang termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta merempuh hamparan jalan di River Valley Close pada tengah hari Isnin (30 Ogos).



Menurut polis, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, pemandu dan dua pejalan kaki berusia 36 dan 43 tahun digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH). Pemandu yang merupakan wanita berusia 65 tahun kini membantu polis dalam siasatan.



Akhbar The Straits Times difahamkan, individu kelima, seorang kanak-kanak juga dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.



Kereta itu dikatakan telah melanggar budak itu di lapangan berumput bersebelahan hamparan tersebut, jelas seorang pembantu rumah yang menyaksikan kejadian itu. Pembantu itu hanya ingin dikenali sebagai Cik Yayuk.



Menurut saksi lain, kereta itu dikatakan bergerak sangat laju menuju ke arah simpang jalan di Martin Road apabila ia tiba-tiba ternaik di atas hamparan jalan, menyebabkan beberapa pokok tumbang dan dua tiang lampu jatuh. Kereta itu kemudian terhenti.



Cik Yayuk, 49 tahun, berkata kemalangan itu berlaku beberapa meter daripada tempat beliau berdiri dan menanti mengambil anak majikannya di luar kondominium Rivergate.



Kereta itu melanggar tiang lampu sehinggakan struktur itu tercabut dari jalanan dan tumbang di hadapan mata Cik Yayuk.



"Saya takut sekali, bagaikan jantung saya terhenti," jelas Cik Yayuk.



Bersama pembantu rumah budak yang terjejas, Cik Yayuk mengangkat budak itu sebelum mengembalikannya kepada ibu bapanya di kondominium. Budak itu dikejarkan ke hospital.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dipanggil ke tempat kejadian. Mereka kemudian membawa pihak yang cedera ke hospital.



Cik Yayuk berkata pemandu wanita itu nampaknya patah tangannya tetapi masih boleh berjalan apabila menaiki ambulans.



Akhbar Shin Min Daily News melaporkan wanita itu cedera tangannya manakala beberapa kanak-kanak berhampiran mengalami calar-balar kerana serpihan daripada pokok yang tumbang.



Pada Selasa, sebahagian daripada bonet kereta itu dan serpihan lain masih didapati bersepahan di hamparan jalan tersebut manakala yang tinggal daripada pokok yang tumbang hanyalah tunggul kayu. Beberapa ibu bapa dan pembantu rumah menanti di situ untuk mengambil pulang kanak-kanak di tempat di mana bas berhenti.



Seorang lagi pembantu rumah, Cik Mary Mendoze, 40 tahun, sedang menjaga beberapa kanak-kanak di taman permainan berdekatan dengan lokasi kemalangan. Menurutnya, semua orang terpekik apabila kereta itu merempuh hamparan jalan.



Menurutnya, sebilangan ibu bapa sedang menanti anak-anak mereka turun dari bas sekolah tidak jauh daripada tempat kejadian.



"Kereta itu kelihatan berbahaya dan bergerak laju. Ia hilang kawalan," ujar Cik Mendoze.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >