DUA kelompok Covid-19 baru diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin setelah 15 kes masyarakat disahkan.
Yang pertama dikaitkan dengan jururawat berusia 46 tahun yang bekerja di Wad 9D di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dengan sembilan kes.
Daripada itu, tiga merupakan kakitangan TTSH dan enam pesakit di Wad 9D.
KELOMPOK TTSH
1. Kes 62557
Seorang doktor di TTSH berusia 30 tahun yang berhubung dengan pesakit di Wad 9D.
2. Kes 62599
Seorang penolong pelatih penjagaan kesihatan berusia 18 tahun di TTSH yang dikerahkan ke Wad 9D.
3. Kes 62561
Seorang pesakit berusia 57 tahun di TTSH yang pada mulanya di Wad 7D dan kemudian dipindah ke Wad 9D.
4. Kes 62567, 62568, 62573, 62574 dan 62582
Lima kes lain, berusia antara 71 tahun dengan 94 tahun, merupakan pesakit di Wad 9D dan dikesan sebagai sebahagian ujian proaktif.
Kelompok kedua dikaitkan dengan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berusia 38 tahun yang bekerja di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. Tujuh kes lain melibat anggota keluarga termasuk ayah, isteri dan anak saudaranya. Mereka berkumpul makan bersama Ahad lalu, di mana penularan kemungkinannya berlaku, kata MOH.
KELOMPOK ICA
1. Kes 62571
Seorang pegawai keselamatan berusia 39 tahun di ION Orchard dan pemandu kereta sewa privet.
2. Kes 62572
Budak lelaki berusia tiga tahun yang kali terakhir ke sekolah pada 22 April. Dia anak saudara pegawai ICA itu.
3. Kes 62576
Suri rumah berusia 33 tahun yang merupakan anggota keluarga pegawai ICA itu.
4. Kes 62583
Seorang jururawat berusia 32 tahun di TTSH yang sudah berkahwin dengan pegawai ICA itu.
5. Kes 62594
Ayah pegawai ICA itu yang berusia 72 tahun yang sudah bersara dan tinggal serumah.
6. Kes 62595
Pengendali telefon berusia 65 tahun di Hotel Goodwood Park.
7. Kes 62597
Pegawai teknikal berusia 38 tahun di SP PowerGrid.