Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 kelompok TB dikenal pasti; pesakit sering kunjungi Singapore Pools di Bedok

Jan 20, 2021 | 09:44 PM




DUA kelompok tuberkulosis berasingan melibatkan 18 orang yang mengunjungi Pusat Pertaruhan Bedok Singapore Pools telah dikenal pasti.




Tiada kaitan ditemui selain mereka sering mengunjungi pusat di Bedok itu dalam jangka masa beberapa bulan hingga tahun dan meluangkan masa yang lama di sana untuk menonton siaran perlumbaan kuda.



Kes-kes tersebut tidak mengenali satu sama lain dan tidak mengenal pasti satu sama lain sebagai kenalan rapat, lapor The Straits Times.




Tuberkulosis (TB), juga dikenali sebagai batuk kering, adalah penyakit menular yang boleh menjadi serius yang rata-rata menjejas paru-paru, dan disebar melalui titisan kecil yang dilepaskan ke udara oleh batuk dan bersin.




Walaupun ia sangat mudah merebak, pesakit dengan cepat menjadi tidak berjangkit sebaik sahaja rawatan dimulakan.



Kelompok TB terakhir dikesan Oktober lalu di Blok 174D Hougang Avenue 1, setelah empat orang yang tinggal di empat unit berbeza dijangkiti.



18 kes dari dua kelompok baru itu didiagnos antara Februari 2015 dengan Oktober tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >