Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 kes Covid-19 baru di dormitori dikesan sewaktu kuarantin, ujian rutin: MOH

Oct 20, 2020 | 10:57 PM



DUA kes baru Covid-19 di dormitori yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (20 Oktober) dikesan sewaktu kuarantin dan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan. 



Mengesahkan demikian dalam kenyataannya pada Selasa malam (20 Oktober), MOH berkata salah satu kes dormitori itu merupakan kontak kes sebelumnya yang sudah dikuarantin bagi mengelakkan jangkitan lanjut.



Beliau diuji positif sewaktu kuarantin.



Kes kedua pula dikesan dalam ujian rutin buat pekerja dormitori yang dikendalikan bagi membolehkan MOH mengesan kes seawal mungkin termasuk yang tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan.



Kesemuanya, MOH mengenal pasti enam kes baru pada Selasa (20 Oktober).



Selain dua kes dormitori itu, empat kes pula diimport.



MOH berkata salah satu kes import itu merupakan warga Singapura berusia 35 tahun yang pulang ke sini dari Indonesia manakala yang satu lagi Penduduk Tetap berusia 41 tahun yang kembali dari India.



Baki dua kes lain adalah pemegang pas kerja warga Mesir dan Jerman yang buat masa ini bertugas di Singapura.



Mereka mempunyai sejarah perjalanan dari rab Amiriah Bersatu (UAE) dan Jerman. 



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Mereka diuji positif ketika menjalani SHN.



Dalam pada itu, tiada pesakit dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 38 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >