2 kes kebakaran libatkan PMD di flat HDB, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

2 kes kebakaran libatkan PMD di flat HDB

Jun 10, 2019 | 05:30 AM

DUA kebakaran membabitkan alat mobiliti peribadi (PMD) di unit kediaman telah dilaporkan kelmarin, lapor The Straits Times.

Dalam catatan pos Facebook rasminya kelmarin, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya telah memberi respons kepada dua kebakaran di Ang Mo Kio dan Marine Terrace.

Salah satu kebakaran itu telah dilaporkan pada kira-kira 5.35 petang di sebuah rumah flat tingkat 13 di Blok 52 Marine Terrace.

Ia melibatkan kebakaran sebuah PMD di dapur dan telah dipadamkan oleh penduduk dengan menggunakan baldi berisi air.

Penduduk tersebut mengalami kecederaan luka bakar dan dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH).

Discover Malay Home Based Businesses

SCDF juga dimaklumkan mengenai satu lagi kebakaran di sebuah rumah flat tingkat enam di Blok 301 Ang Mo Kio Avenue 3 pada 10.45 pagi.

Ia melibatkan bateri PMD yang meletup di bilik tidur dan telah dipadamkan oleh pegawai SCDF dengan menggunakan dua beg galas buih udara mampat.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut siasatan awal, kedua-dua kebakaran akibat bateri PMD yang sedang dicas.

Dalam pos Facebook itu, SCDF juga menasihati orang awam untuk mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk mencegah kebakaran yang berkaitan dengan PMD:

- Elak bateri PMD dicas berlebihan, terutama sekali apabila meninggalkannya semalaman untuk dicas.

- Apabila mengecas bateri tersebut, letakkannya di permukaan yang keras dan rata untuk membolehkan pelesapan haba yang optimum.

- Jangan letakkan bateri yang sedang dicas dan basikal menggunakan kuasa (PAB) atau PMD berdekatan dengan bahan mudah terbakar atau sepanjang laluan melarikan diri.

- Periksa bateri bagi sebarang kerosakan seperti bateri yang kembung, berkarat atau habuk bateri.

Pada tahun lalu, sebanyak 74 kebakaran yang membabitkan PAB dan PMD telah dilaporkan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map