Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lagi pembantu rumah jadi radikal, dihantar pulang: Shanmugam

Jan 10, 2017 | 08:07 AM



DUA lagi pembantu rumah asing yang menjadi radikal dihantar pulang antara 18 Disember dan Isnin (9 Jan).



Dengan ini, tujuh pembantu rumah asing telah menjadi radikal dan dihantar pulang dalam tempoh dua tahun lalu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam jawapan bertulis kepada satu soalan Parlimen pada Isnin.



Beliau menjawab soalan Dr Fatimah Lateef (GRC Marine Parade), yang meminta maklumat terkini mengenai isu itu, selepas Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) melaporkan pada 18 Disember bahawa lima pembantu rumah dihantar pulang dalam keadaan sedemikian sepanjang dua tahun lalu.



Kesemua tujuh pembantu rumah itu menjadi radikal melalui Internet, kata Encik Shanmugam.



"Mereka tidak mempunyai rancangan menjalankan tindakan pengganasan di Singapura semasa disiasat," katanya. "Bagaimanapun, interaksi mereka dengan orang lain menunjukkan mereka percaya pada ideologi radikal dan berada di jalan berbahaya."



Beliau menambah bahawa kehadiran mereka di sini "menimbulkan kebimbangan keselamatan" dan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka. Tiada maklumat lanjut mengenai kes yang diberi.



"Agensi keselamatan kita akan terus memantau keadaan dengan teliti dan akan menyiasat individu di Singapura yang disyaki sedang dijadikan radikal, baik warga asing mahupun tempatan," kata Encik Shanmugam.



Pada 18 Disember lalu, MHA mendedahkan ia menyiasat 70 pekerja asing yang menjadi radikal semasa bekerja di sini sepanjang dua tahun lalu. Lima daripada mereka pembantu rumah.



Ini berlaku selepas polis antipengganasan Indonesia menahan empat wanita atas dakwaan pengganasan. Seorang daripada mereka, Dian Yulia Novi, 27 tahun, pernah bekerja di Singapura antara 2008 dan 2009 sebagai pembantu rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >