Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

2 lagi zon ditambah di bazar Raya Geylang Serai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SEKITAR RAMADAN

2 lagi zon ditambah di bazar Raya Geylang Serai

Apr 06, 2022 | 05:30 AM

BAZAR Pengalaman Beli Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE) sejauh ini telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat Melayu/Islam di sini, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Justeru, dengan sambutan positif itu, beliau mengumumkan bazar itu akan diperluas dengan menambah lebih banyak gerai agar dapat mempertingkat keterhubungan dalam kawasan Geylang Serai, selain memanfaatkan sepenuhnya ruang sekitarannya dengan lebih baik.

"Saya terharu dan berbesar hati melihat begitu ramai pengunjung menikmati suasana yang meriah di kawasan Geylang Serai.

"Dengan lebih banyak langkah pengurusan selamat (SMM) dilonggarkan, kini terdapat peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang ini dan mempertingkatkan lagi ketersambungan kawasan Geylang Serai dengan lebih banyak gerai menawarkan bermacam-macam jenis makanan serta pelbagai pilihan barangan keperluan raya," kata Dr Faishal dalam catatan Facebook.

Beliau yang juga Penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS) berharap peluasan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan semasa bulan Ramadan ini.

Menyusuli pengumuman Dr Faishal itu, WGS, selaku penganjur bazar dalam kenyataannya berkata sebanyak 30 gerai akan ditambah dan dibahagikan kepada dua zon berbeza - Zon 3 dan 4.

Zon 3 yang menempatkan 10 gerai menjual keperluan raya, bakal diadakan di kawasan berumput sepanjang laluan pejalan kaki berdekatan tempat letak kereta Tanjong Katong Complex (TKC).

Sementara itu, Zon 4 yang menempatkan 10 gerai menjual makanan dan 10 gerai barangan keperluan raya, terletak di padang terbuka bersebelahan TKC.

"Terdapat lebih banyak gerai, lebih banyak variasi makanan dan produk, dan lebih banyak ruang untuk pengunjung bergerak semasa mereka membeli-belah," kata WGS.

Gerai di kedua-dua zon baru itu dijadual beroperasi setiap hari mulai 14 April sehingga malam Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei, dari 1 tengah hari hingga 11 malam.

Buat masa ini terdapat 40 gerai di GSHRSE, dengan lapan daripada gerai tersebut berupa gerai makanan dan minuman.

Gerai-gerai itu terbahagi kepada Zon 1 dan 2, yang terletak di dalam dan luar bangunan WGS.

Had 600 pengunjung setiap masa juga ditetapkan bagi bazar yang mula dibuka pada Sabtu lalu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) jika had yang sama juga akan ditetapkan bagi Zon 3 dan 4, WGS berkata mereka akan memberi perincian lanjut dalam masa terdekat.

Namun begitu, dalam kenyataannya, WGS menegaskan "konsep dan ciri utama di tapak sedia ada seperti SMM, tema, dan pengurusan pengunjung juga akan dikekalkan di tapak baru".

Bagi mengawal keadaan bazar yang diperluas itu nanti, WGS berkata barisan beratur, pintu masuk dan pintu keluar yang tersendiri juga telah ditetapkan bagi zon baru ini.

Syarikat Orange Travel Pte. Ltd, yang dilantik, juga akan mengendalikan tapak baru GSHRSE itu, menurut WGS lagi.

Ini adalah kali pertama ia diadakan sejak Covid-19 mula menular di sini. Sebelum pandemik, bazar di sekitar kawasan Geylang Serai menawarkan sehingga 600 gerai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3