Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

2 lelaki didakwa tipu dan palsu dokumen bagi dapat wang bantuan Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 lelaki didakwa tipu dan palsu dokumen bagi dapat wang bantuan Covid-19

Jan 30, 2021 | 05:30 AM

DUA lelaki semalam dituduh di mahkamah bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen untuk menerima wang menerusi Geran Bantuan Covid-19 (CSG) dan Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF).

Dalam kenyataannya, polis berkata seorang lelaki berusia 43 tahun dituduh di mahkamah kerana cuba menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) supaya memberinya dana dari CSG.

Lelaki itu dikatakan telah membuat pengisytiharan palsu dalam permohonannya, iaitu dia kehilangan pekerjaan kerana pandemik.

"Dia juga didakwa menyerahkan surat pemberhentian kerja palsu dan memberikan maklumat palsu tambahan kepada MSF untuk menyokong pengisytiharan palsu dalam permohonan CSG."

"MSF tidak meluluskan permohonan CSG lelaki itu," kata polis.

Geran tersebut menyokong warga Singapura yang telah hilang pekerjaan akibat Covid-19, serta pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan berturut-turut, dan yang gajinya dipotong sekurang-kurangnya 30 peratus bagi tiga bulan berturut-turut.

Perubahan itu harus berlaku selepas 23 Januari tahun lalu.

Di bawah skim tersebut, pekerja boleh menerima sehingga $800 sebulan selama tiga bulan, jika mereka memenuhi syarat yang dikenakan.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang didakwa menipu MSF supaya memberikannya $500 daripada TRF dengan membuat pengisytiharaan palsu.

Dia memberitahu MSF bahawa dirinya telah kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus gaji.

Menurut polis, lelaki itu juga disyaki memberikan maklumat palsu kepada pegawai MSF berhubung permohonan TRF.

Skim bantuan kewangan sementara sekali itu bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan atau sebahagian gaji mereka terjejas akibat Covid-19.

Dana itu ditadbirkan oleh MSF dan Persatuan Rakyat (PA).

Polis berkata ia menganggap serius perbuatan menipu untuk mendapatkan geran pemerintah dan pesalah akan dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang.

Jika sabit kesalahan menipu atau cuba menipu, kededua lelaki itu boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan didenda.

Mereka juga boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan didenda kerana membuat pengakuan palsu.

Kesalahan memberikan maklumat palsu kepada pegawai awam diiringi hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kededuanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3