Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki dituduh bantu pasangan penipu larikan diri berhasrat mengaku salah

Sep 03, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki warga Malaysia, yang dituduh membantu pasangan yang didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah bernilai $32 juta untuk melarikan diri, memberitahu mahkamah daerah semalam bahawa mereka berhasrat untuk mengaku bersalah.



Mahkamah dimaklumkan bahawa salah satu lelaki, Mohamed Alias, 40 tahun, mungkin akan dikenakan satu lagi tuduhan dalam masa akan datang - iaitu melindungi pesalah.



Maklumat lebih lanjut tentang kemungkinan pertuduhan ini tidak didedahkan di mahkamah, lapor The Straits Times.



Tiada tuduhan tambahan bagi satu lagi lelaki, Mohamad Fazli Abdul Rahman, 38 tahun.



Mereka memberitahu mahkamah pada 5 Ogos bahawa mereka berhasrat mengaku bersalah atas tuduhan.



Kedua-duanya kini ditahan reman dan kes mereka ditangguhkan ke 16 September.



Kededua lelaki itu menghadapi dua tuduhan membantu melarikan diri seorang warga Singapura, Pi Jiapeng dan isterinya, seorang warga Thailand, Pansuk Siriwipa.



Menurut dokumen mahkamah, Mohamed didakwa membantu pasangan itu secara tidak sah meninggalkan Singapura dari Pusat Pemeriksaan Tuas pada kira-kira jam 7.30 malam pada 4 Julai dengan membenarkan mereka bersembunyi di dalam kontena lori yang didaftarkan di Malaysia.



Fazli didakwa terlibat dalam komplot dengan Mohamed dalam mengatur pelarian yang didakwa.



Pi dan Pansuk, kedua-duanya berusia 27 tahun, meninggalkan Singapura selepas mereka didakwa gagal menghantar barangan bernilai $32 juta kepada pelanggan.



Pi, yang dilahirkan di wilayah Fujian di China, pada mulanya ditahan polis Singapura pada 27 Jun.



Pasportnya telah diimpaun, dan dia dibebaskan dengan jaminan $15,000 pada hari berikutnya.



Pansuk telah membantu polis dalam siasatan dan telah menyerahkan pasportnya pada 30 Jun.



Pasangan itu tidak dapat dihubungi dan didakwa melarikan diri dari Singapura secara haram pada 4 Julai.



Waran tangkapan dan notis merah Interpol kemudiannya dikeluarkan terhadap pasangan itu.



Pasangan itu ditahan pada 11 Ogos di Malaysia dan diserahkan kepada polis di sini pada hari itu.



Kes-kes yang melibatkan mereka kini telah ditangguhkan untuk persidangan pra-perbicaraan pada 11 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >