Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki Sri Lanka dipenjara kerana miliki pasport palsu semasa lalui Lapangan Terbang Changi

Jul 09, 2018 | 12:20 PM



DUA lelaki Sri Lanka dijatuhi hukuman penjara lapan bulan Khamis lalu (5 Julai) kerana memiliki pasport Britain yang palsu.



Nagamany Kangatharan, 46 tahun, dan Kandasamy Niththiyananthan, 27 tahun, ditangkap oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di ruang transit Terminal 3 Lapangan Terbang Changi bulan lalu.



Menerusi satu kenyataan hari ini (9 Julai), ICA berkata Nagamany dan Kandasamy ingin mencari pekerjaan di luar Sri Lanka dan telah meminta seorang ejen dari Sri Lanka untuk membantu mereka.



Siasatan mendedahkan bahawa ejen tersebut telah mengaturkan penerbangan mereka ke London menerusi Singapura dan kedua-dua mereka menaiki penerbangan dari Colombo ke Singapura dengan menggunakan pasport Sri Lanka. Mereka tiba di sini pada 18 Jun.



Keesokan harinya, mereka bertemu dengan seorang lelaki dari Malaysia, Ihsan Ismie Ishak, 31 tahun yang memberi mereka pasport Britain yang palsu.



Di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, Nagamany cuba mengambil pas masuk penerbangannya sementara Kandasamy memerhatikannya.



Namun, Nagamany meninggalkan kaunter daftar masuk itu tanpa pas masuknya kerana pegawai itu mengambil masa lebih lama untuk memprosesnya.



Kedua-dua Nagamany dan Kandasamy memutuskan untuk membatalkan rancangan mereka untuk ke London dan kembali ke Colombo menerusi Terminal 3 tetapi ditangkap di Terminal 3 pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >