Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 murid prasekolah Sparkletots antara kes baru Covid-19 kelompok Bukit Merah View yang kini berjumlah 65

Jun 18, 2021 | 11:05 PM



DUA murid prasekolah PCF Sparkletots di 78A Telok Blangah Street 32 merupakan antara 14 kes jangkitan baru Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan pada Jumaat (18 Jun).



Mereka ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan kanak-kanak perempuan empat tahun, kedua-duanya kali terakhir pergi ke prasekolah itu pada 21 Mei lalu.



Mereka merupakan anggota keluarga kes Covid-19 yang dilaporkan sebelum ini.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata 10 daripada 14 kes jangkitan dalam masyarakat baru berkait dengan kes yang pernah dilaporkan sebelum ini, sementara lagi empat tiada kaitan.



Antara kes yang tiada kaitan termasuk seorang wanita warga Singapura berusia 83 tahun yang sesak nafas pada 17 Jun dan mendapatkan rawatan di Hospital Besar Singapura.



Lagi tiga kes tiada kaitan ialah lelaki warga China 69 tahun yang merupakan penghuni di NTUC Health Senior Group Home di Bukit Merah View; lelaki warga Singapura 67 tahun; dan suri rumah warga Singapura 51 tahun yang menetap di kawasan Bukit Merah View.



Lagi sembilan orang dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makan 115 Bukit Merah View hari ini, menjadikan bilangan individu yang dikaitkan dengan kelompok tersebut sebanyak 65.



Ini bermakna kelompok tersebut merupakan kelompok terbuka terbesar di sini, melepasi kelompok Jem dan Westgate yang mempunyai 63 kes.



Sementara itu, MOH berkata tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja migran.



Kementerian tersebut menambah bahawa terdapat dua kes import hari ini, kedua-duanya merupakan warga Singapura yang pulang dari Indonesia.



Mereka sudah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >