2 orang dibawa ke hospital dek kebakaran di HarbourFront Centre

 

KEBAKARAN berlaku di HarbourFront Centre tengah hari tadi (Jumaat, 8 Nov).

Kebakaran tersebut yang melibatkan pengering baju telah dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF berkata ia telah bergegas ke tempat kejadian pada 1.23 tengah hari dan dua orang telah dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Difahamkan kecederaan yang dialami dua orang itu tidak serius.

Menurut laporan The Straits Times, kebakaran itu berlaku di The Cove Nail Spa di aras dua HarbourFront Centre.

Sementara itu, SCDF berkata ia sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

Galeri Foto