Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 pegawai CNB hadapi perbicaraan ubah sampel air kencing

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



DUA pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) yang dituduh sengaja menghalang jalan keadilan dengan mengubah sampel air kencing telah menuntut perbicaraan.



Semalam, mahkamah diberi tahu bahawa Muhammad Zuhairi Zainuri, 32 tahun, dan Abdul Rahman Kadir, 45 tahun, telah sepakat dengan Mohamed Hafiz Lan untuk mengubah sampel air kencing seorang lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai Maung Moe Min Oo, 32 tahun.



Zuhairi, Abdul Rahman dan Hafiz dikatakan telah melakukan demikian supaya mengelak daripada perlu melalui proses menguruskan Maung yang tidak mahu bekerjasama memberikan sampel air kencing.



Hafiz, yang berusia 41 tahun ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Ogos lalu setelah mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menghalang jalan keadilan.



Zuhairi dan Abdul Rahman telah digantung kerja sejak Julai 2019, lapor The Straits Times.



Dalam pernyataan pembukaan mereka, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Alan Loh, Thiagesh Sukumaran dan Rashvinpal Kaur Dhaliwal menyatakan:



"Tingkah laku kedua-dua pegawai CNB yang menghadapi perbicaraan... jauh lebih rendah daripada standard tinggi yang diharapkan oleh pegawai penguatkuasa dan sebaliknya, telah menghancurkan reputasi CNB."



Pihak pendakwa mengatakan bahawa ketiga-tiga lelaki itu telah bersekongkol, sambil menambah:



"Mereka melakukannya dengan menukar sampel air kencing Maung dengan air kencing Hafiz, yang kemudian menghasilkan keputusan negatif dalam Ujian Air Kencing Instan (IUT)."



Mereka memberitahu Hakim Daerah Utama Victor Yeo bahawa Maung dan seorang warga Thailand, Wattansong Sakawuduean berada di pejabat CNB di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada sekitar 11 malam pada 15 Ogog 2018 bagi IUT.



Maung tidak memberikan sampel air kencing tetapi telah meminta berbicara dengan Abdul Rahman secara berduaan pada sekitar 11.50 malam.



Mereka kemudian memasuki sebuah bilik temu ramah.



Zuhairi sudah pun berada di dalam bilik tersebut.



DPP berkata:



"Semasa berada di dalam bilik temu ramah, Maung meminta Abdul Rahman membantunya lulus IUT kerana dia tahu air kencingnya akan mendatangkan keputusan positif bagi methamphetamine ('Ice') yang telah diambilnya sebelum itu.



"Sementara itu, Zuhairi keluar dari bilik temu ramah itu untuk berbual dengan Hafiz pada sekitar 12.17 tengah malam dan mereka setuju untuk mengubah sampel air kencing Maung dengan menukarnya dengan sampel lain yang akan menghasilkan hasil IUT negatif demi mempercepatkannya keluar dari pejabat CNB."



Menurut pendakwa raya, Zuhairi memasuki tandas pada 12.17 tengah malam pada 16 Ogos 2018 dengan botol bertutup merah yang digunakan CNB untuk mengumpulkan sampel air kencing.



Mereka menambah bahawa dia kemudian meninggalkannya di dalam tandas sebelum keluar seminit kemudian.



Hafiz kemudian kencing ke dalam botol tersebut dan keluar pada 12.20 tengah malam.



Kesalahan tersebut terbongkar apabila satu lagi pasukan CNB menahan Maung di Pusat Pemeriksaan Woodlands keesokan harinya.



"Maung menjelaskan bahawa Abdul Rahman telah membantunya lulus IUT pada hari sebelumnya," kata DPP.



Air kencing Maung kemudian didapati mengandungi kesan methamphetamine dan dia ditahan di pusat pemulihan dadah.



CNB kemudian merujuk kejadian itu kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Perbicaraan yang melibatkan Zuhairi dan Abdul Rahman diteruskan.



Mereka yang didapati sengaja menghalang jalan keadilan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >