Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 pelajar kes Covid-19 baru dalam masyarakat: MOH

Oct 14, 2020 | 10:49 PM



KES dalam masyarakat yang disahkan pada Rabu (14 Oktober) melibatkan dua pelajar berusia 10 dan 13 tahun.



Mereka merupakan kontak kes terdahulu, dan ketiga-tiga mereka merupakan ahli keluarga yang menginap dalam rumah yang sama, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada malam Rabu.



Kedua-dua pelajar itu menjalani kuarantin sejak 3 Oktober, setelah anggota keluarga mereka itu dijangkiti Covid-19.



Mereka diuji pada 3 Oktober dan disahkan negatif.



Namun mereka kemudian menunjukkan simptom ketika masih menjalani kuarantin dan kemudian disahkan positif pada 13 Oktober.


MOH berkata, mereka kali terakhir ke sekolah pada 2 Oktober.


Tiga kes yang diimport turut disahkan pada Rabu melibatkan warga Singapura, Russia dan India.



Warga Singapura itu mempunyai perjalanan dari Britain.



Bagaimanapun tiada kes dari dormitori pekerja asing dilaporkan.



Sementara itu, lagi 12 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 57,752 telah pulih sejauh ini.



Sebanyak 39 kes masih dirawat di hospital, dan lagi 70 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Seramai 28 orang pula telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >