Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 pelajar Madrasah Al-Ma'arif positif Covid-19, dikait kelompok jangkitan T3, Lapangan Terbang Changi

May 21, 2021 | 12:02 AM



DUA pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah dikesan positif Covid-19 dengan kes mereka berkait dengan kelompok Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.



Mengesahkan demikian dalam kenyataannya pada Khamis malam (20 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, salah satu kes ini merupakan remaja 14 tahun yang juga anggota keluarga atau isi rumah tiga kes yang dilaporkan sebelum ini.



Kes kedua dalam isi rumah yang sama dengan kes pertama pula adalah pelajar Madrasah Al-Ma'arif berusia lapan tahun yang kali terakhir ke sekolah pada 4 Mei.



Dengan pengesanan empat kes baru berkaitan dengan kelompok jangkitan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi ini, angka keseluruhan kes dalam kelompok ini mencecah 100 kes.



Selain dua pelajar Al-Ma'arif ini, dua kes baru lain berkaitan dengan kelompok ini melibatkan seorang pegawai keselamatan penerbangan berusia 63 tahun yang bekerja bersama Certis Cisco dan ditugaskan di Terminal 3 serta pegawai pentadbiran di Glory Ship Management Pte Ltd. Wanita 43 tahun ini merupakan anggota keluarga kes yang dikesan sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >