DUA pembantu rumah ditangkap bulan ini kerana didakwa cuba menyeludup rokok haram.
Mereka, yang kedua-duanya berusia 26 tahun, dikatakan memberitahu kenalan dari negara asal mereka untuk membeli rokok dan menyembunyikannya dalam bungkusan serbuk cili, mi segera dan ubat-ubatan.
Bungkusan itu kemudian dihantar ke alamat rakan mereka di Singapura, dari mana mereka kemudian akan mengambil bungkusan tersebut, menurut Kastam Singapura dalam satu catatan di Facebook pada Selasa (9 Nov).
Komand Kargo Udara Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah memaklumkan Kastam Singapura tentang bungkusan itu dan kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap semasa dua serbuan antara 1 dan 2 November di Whampoa Drive and Choa Chu Kang Central.
Pegawai merampas sejumlah 36 karton dan 56 paket rokok yang tidak dibayar cukai.
Kastam Singapura berkata siasatan sedang dijalankan.