Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 penerbangan SIA ke Tokyo dijadualkan semula akibat ribut tropika

Sep 08, 2019 | 06:34 PM



DUA penerbangan Singapore Airlines (SIA) dijadualkan semula selepas satu taufan yang kuat dijangka melanda Tokyo pada Ahad (8 September).



Dalam satu nasihat perjalanan yang dimuat naik di lelamannya, SIA berkata bahawa perubahan itu disebabkan oleh Ribut Tropika Faxai, yang diramalkan membadai kawasan pantai Jepun dengan angin sekencang 216km sejam pada Ahad.



Pesawat SQ630, yang dijadual berlepas pada 5.05 petang pada Ahad, telah dijadualkan semula untuk berlepas pada 1.05 pagi pada Isnin. Ia dijangka tiba di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada 9 pagi.



SQ639, yang dijadualkan berlepas pada 2.25 pagi pada Isnin, kini akan berlepas pada 10 pagi dan tiba pada 4 petang pada hari yang sama.



Semua penerbangan SIA yang lain, yang dijadualkan berlepas ke Lapangan Terbang Haneda dan Narita Tokyo akan beroperasi seperti biasa, kata SIA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >