Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

2 pengendali privet guna ambulans, seragam SCDF mulai 1 Disember

Nov 30, 2020 | 05:34 PM

KAKITANGAN dua pengendali ambulans privet yang dilatih untuk menangani keadaan kecemasan lebih luas akan menjawab panggilan kecemasan menggunakan ambulans dan seragam Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) di bawah satu perjanjian baru.

Aturan baru antara SCDF dengan pengendali ambulans privet Unistrong Technology dan Lentor Ambulance itu bermula pada Selasa (1 Disember) dan sebahagian langkah SCDF untuk memperluas keupayaan dan kesediaannya dalam mengendali operasi, lapor The Straits Times (ST).

Paramedik dari pengendali ambulans privet (PAOs) itu dibolehkan menjawab panggilan kecemasan lebih rumit termasuk insiden yang melibatkan ramai yang tercedera dan juga insiden yang melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi dan letupan.

Mereka juga akan memakai seragam SCDF semasa mengendali operasi berkenaan, kata SCDF dalam satu kenyataan pada Isnin (30 November).

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map