DUA penumpang dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang dijangkiti varian Covid-19 Omicron dalam perjalanan dari Johannesburg dan sedang dalam transit ke Sydney, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (29 Nov).
MOH menambah bahawa kementerian kesihatan New South Wales (NSW Health) mengesahkan bahawa dua pengunjung yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan Penerbangan SQ211 SIA pada Ahad telah disahkan positif bagi varian Omicron.
Pengunjung itu berlepas dari Johannesburg, Afrika Selatan, pada 27 November melalui Penerbangan SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka, kata MOH, sambil menambah bahawa ujian prakeberangkatan Covid-19 mereka adalah negatif.
“Kebanyakan pengunjung kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 November, dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi,” kata MOH.
Tujuh daripada penumpang dalam penerbangan itu telah turun dan memasuki Singapura.
Enam daripada mereka kini menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khusus dan akan diuji dengan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).
Seorang penumpang adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan itu, dan telah dikuarantin.
“Penjejakan kontak sedang dijalankan bagi kakitangan lapangan terbang yang mungkin telah mempunyai kontak sementara dengan kes-kes tersebut,” kata MOH.
Semua kakitangan SIA yang bekerja dalam penerbangan dari Singapura ke Sydney di mana kedua-dua kes itu dikesan akan melakukan kuarantin sendiri dan menjalani ujian untuk penyakit itu.
SIA berkata pada Isnin bahawa juruterbang dan anak kapalnya yang mengendalikan Penerbangan SQ211 akan mematuhi langkah-langkah itu, mengikut panduan daripada pihak berkuasa.
SIA enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai penumpang, menukil kerahsiaan pelanggan, tetapi berkata ia akan membantu pihak berkuasa kesihatan dalam semua usaha penjejakan kontak yang diperlukan.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
2 penumpang SIA yang disahkan positif varian Covid-19 Omicron transit di S’pura tetapi tidak meninggalkan lapangan terbang
Nov 30, 2021 | 01:35 AM