Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 PR S'pura antara 3 kes import Covid-19 baru

Nov 15, 2020 | 09:34 PM



Dua daripada tiga kes import Covid-19 baru yang dilaporkan hari ini (15 November)  merupakan penduduk tetap (PR) Singapura yang mempunyai sejarah perjalanan dari India.



Kededua kes itu, lelaki berusia 61 tahun dan wanita berusia 18 tahun, tidak menunjukkan sebarang simptom,  menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad malam (15 November).



Satu lagi kes import baru merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba di sini dari Italy.



Lelaki berusia 30 tahun itu bertugas sebagai seorang jurutera dalam satu projek di Singapura dan juga asimptomatik.



MOH berkata kesemua pesakit itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif semasa menjalani SHN. 



Sementara itu, lagi 10 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 41 kes masih di hospital. 



Secara keseluruhan,  58,029 pesakit sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan dan dikeluarkan dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >