Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PEMBELAJARAN DI RUMAH (HBL)

2 sekolah rendah mula HBL lebih awal susuli kes Covid-19

May 19, 2021 | 05:30 AM

SEORANG murid Sekolah Rendah Fuchun dan seorang guru Sekolah Rendah Frontier diuji positif Covid-19 pada 16 Mei, menyebabkan kedua-dua sekolah beralih ke pembelajaran dari rumah (HBL) sejak kelmarin.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), sekolah tersebut akan meneruskan HBL sehingga penghujung penggal sekolah iaitu 28 Mei demi "melindungi pelajar dan kakitangan serta mengelakkan risiko penularan di sekolah".

Dalam kenyataan MOE Isnin lalu, ia berkata murid Sekolah Rendah Fuchun itu kali terakhir berada di sekolah pada 12 Mei dan dikatakan sihat.

Dia dikuarantin dari 12 Mei kerana seorang anggota isi rumahnya diuji positif Covid-19.

Guru Sekolah Rendah Frontier itu pula kali terakhir berada di sekolah pada 14 Mei dan berada dalam keadaan sihat.

Namun, beliau menunjukkan gejala jangkitan pernafasan akut pada hari tersebut dan berjumpa doktor pada petang itu.

Kedua-dua premis sekolah tersebut telah dibersihkan dan dinyahjangkit, tambah MOE.

Kontak rapat kes-kes itu diberi perintah kuarantin dan akan menjalani ujian swab Covid-19.

MOE menambah seorang pelajar Sekolah Maha Bodhi diuji positif Covid-19 kelmarin.

Pelajar perempuan itu diberi perintah kuarantin sejak 14 Mei kerana menghadiri pusat jagaan pelajar, Seedlings World Student Care @ Frankel, tempat sama yang dihadiri seorang lagi pelajar Sekolah St Stephen's yang dijangkiti.

"Murid ini kali terakhir berada di sekolah pada 12 Mei. Oleh kerana dia merupakan kes yang berkaitan di mana dia punya gejala setelah dikuarantin, MOH tidak memerlukan penjejakan kontak di sekolah," jelas MOE.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3