Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 terkorban dalam kemalangan berdekatan KKH

Oct 20, 2018 | 03:13 PM



DUA lelaki berusia 25 dan 42 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan van awal pagi hari ini (20 Oktober), manakala seorang lagi lelaki berusia 25 tahun dibawa ke hospital. 



Pauskan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku di simpang Bukit Timah Road dan Mackenzie Road pada 3.10 pagi, menurut jurucakapnya. 



Difahamkan bahawa van tersebut terbabas dan melanggar pokok. 



Menurut polis, dua lelaki yang meninggal merupakan penumpang van tersebut manakala pemandunya cedera. 



Pemandu van itu dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Tan Tock Seng, dan difahamkan bahawa beliau mengalami kecederaan di lutut kirinya. 



Beliau kemudian ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan terburu-buru, tambah jurucakap polis. 



Siasatan kini diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >