Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 wanita diberkas mengimport kosmetik palsu bernilai $800, 000 untuk dijual dalam talian

Aug 20, 2019 | 04:50 PM



DUA wanita, 21 dan 23 tahun, ditangkap kerana didakwa mengimport produk minyak wangi dan kosmetik palsu dengan niat untuk menjualnya dalam talian.



Kastam Singapura telah memeriksa konsainan yang mengandungi lebih 200 botol minyak wangi dan produk kosmetik yang dipercayai palsu pada 25 Julai.



Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), kata polis dan Kastam Singapura dalam satu kenyataan bersama pada hari Selasa (20 Ogos).



Dalam operasi selama 19 jam yang dijalankan pada 6 Ogos lalu, pegawai CID membuat serbuan di Tampines North Drive dan Sunview Road, dan telah memberkas dua orang.



Semasa operasi itu, lebih daripada 16,000 botol wangian palsu dan produk kosmetik yang dicap dengan tanda niaga jenama palsu telah dirampas.



Kesemua barangan itu mempunyai anggaran nilai pasaran lebih daripada $800,000.



Siasatan awal mendedahkan bahawa produk palsu ini bertujuan dijual dalam talian.



Siasatan masih diteruskan.



"Pihak berkuasa mengambil pandangan yang serius mengenai pelanggaran hak cipta intelektual (IPR) dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang dengan sewenang-wenangnya mengabaikan undang-undang IPR di Singapura," menurut kenyataan itu.



Mereka yang didapati bersalah mengimport, memiliki atau mengedar barang dengan tanda niaga palsu untuk tujuan perdagangan boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara hingga lima tahun, atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >