Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

2 warga emas mati akibat Covid-19; 1,939 kes baru di S’pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 warga emas mati akibat Covid-19; 1,939 kes baru di S’pura

Sep 27, 2021 | 07:28 AM

Dua wanita warga Singapura tidak divaksin berusia 97 tahun dan 69 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19. 

Wanita berusia 97 tahun meninggal dunia pada Sabtu (25 Sept) selepas disahkan positif pada 18 September manakala wanita 69 tahun mati pada Jumaat  setelah didapati positif pada hari yang sama. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), wanita pertama itu mempunyai sejarah kadar lemak yang tinggi dalam darah sementara yang kedua mempunyai sejarah tekanan darah tinggi. 

Ini membawa jumlah kematian di sini akibat Covid-19 kepada 78 orang. 

Singapura juga melaporkan 1,939 kes Covid-19 baru pada Ahad (26 Sept) - melebihi jumlah rekod jangkitan pada Jumaat, 1,650 kes.

Ini termasuk 1,536 kes dalam masyarakat dan 398 penghuni dormitori. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3