Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

2 warga emas teruja dapat makan bersama Presiden Halimah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 warga emas teruja dapat makan bersama Presiden Halimah

Sep 21, 2017 | 05:30 AM

APABILA Cik Sim Goon Hua memberitahu temannya di Pusat Kegiatan Warga Emas King George's Avenue bahawa beliau diundang makan tengah hari bersama Presiden di Istana, mereka semua tidak percaya kata-katanya itu.

Namun semalam, wanita berusia 80 tahun itu dan temannya, Cik Lim Ah Kheoh, 82 tahun, menjadi tamu Presiden Halimah Yacob untuk makan tengah hari di Istana.

Kedua-dua warga emas itu telah pergi ke ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George's Avenue pada Hari Penamaan Calon minggu lalu untuk bertemu dengan Presiden Halimah tetapi pulang dengan kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya.

Ini disebabkan terdapat terlalu ramai orang di sana ketika itu.

Oleh itu, semalam, mereka rasa amat teruja berpeluang makan tengah hari bersama Presiden Halimah.

"Oleh sebab kami terlepas peluang bertemu dengannya hari itu, kami mendapat peluang makan bersamanya kali ini. Tentulah kami teruja, ini bagaikan satu hadiah istimewa yang jatuh ke riba kami," ujar Cik Sim.

Sementara itu, apabila ditanya Berita Harian tentang pengalamannya makan tengah hari bersama Presiden, Cik Lim yang jelas kelihatan ghairah berkata:

"A1! Saya gembira sekali!"

Malah Cik Sim juga telah membuat beberapa persiapan istimewa sebelum pergi ke Istana semalam.

Menurut nenek lima anak yang biasanya tidak bersolek itu, beliau mengambil masa sekitar sejam untuk bersolek dan memilih baju cantik untuk dipakai.

Ini juga kali pertama Cik Sim dan Cik Lim menjejakkan kaki ke Istana.

Bagi Cik Lim, beliau sebelum ini pernah berharap dapat melawat Istana semasa ia mengadakan rumah terbuka satu hari nanti, namun tidak pernah terlintas di fikiran dapat makan semeja dengan Presiden di Istana.

"Impian saya kini sudah menjadi nyata," ujar Cik Lim.

Kedua-dua warga emas itu juga memberikan Puan Halimah beberapa helai kain yang disulam dengan ucapan baginya, hasil kerja tangan Cik Sim sendiri.

Puan Halimah, menerusi laman Facebooknya semalam, menyifatkan sesi makan tengah hari itu sebagai menyeronokkan.

"Dua teman baik ini penuh bersemangat. Kami puas ketawa dengan pelbagai gurau senda mereka.

"Mereka juga mengingatkan saya tentang ibu saya - mesra dan ramah, sentiasa berpandangan positif.

"(Mereka) tentunya suri teladan bagi kita semua," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3