Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

2 warga S'pura mangsa nahas bas dan lori dekat Genting Highlands

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 warga S'pura mangsa nahas bas dan lori dekat Genting Highlands

Jul 16, 2022 | 05:30 AM

LIMA orang dibawa ke hospital setelah satu bas pelancong bertembung dengan sebuah lori berdekatan Genting Highlands pagi Rabu lalu.

Dua penumpang dari Singapura dan pemandu bas, seorang warga Malaysia, yang membawa 20 penumpang, masih berada di hospital, kata jurucakap bagi pengendali bas Singapura Transtar Travel kelmarin.

Lebih 15 penumpang merupakan warga Singapura, lapor akhbar The Straits Times.

Jurucakap itu berkata dua lagi penumpang Singapura yang dibawa ke hospital Rabu lalu telah pulang.

Hanya saudara-mara telah diberitahu tentang tahap kecederaan, tambahnya.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur dalam satu pos Facebook menyatakan ia dimaklumkan sekitar 6.30 pagi Rabu lalu tentang kemalangan di titik 29 kilometer Lebuh Raya Karak berdekatan Genting.

Lebuh raya itu menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang di pantai timur Malaysia.

Bas itu berangkat dari Golden Mile Complex di Singapura pada 10.30 malam Selasa lalu dan sepatutnya tiba di Genting pada 6 pagi, kata jurucakap Transtar Travel.

Setelah merentas Koswe, penumpang bertukar kepada bas dan pemandu bas berbeza disebabkan masalah penghawa dingin, tambahnya.

"Pemandu bas baru itu amat berpengalaman dah telah bekerja dengan kami selama kira-kira 20 tahun," katanya, sambil menambah bahawa polis sedang menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku.

Setelah pertembungan itu, penumpang terperangkap dalam bas selama kira-kira sejam sebelum mereka dibebaskan APM, lapor akhbar Cina Shin Min Daily News.

Transtar Travel menawarkan kesemua 20 penumpang yang menaiki bas itu pembayaran balik penuh, tempat tinggal di Kuala Lumpur dan pengangkutan pulang ke Singapura kelmarin, kata jurucakap itu.

Namun, ada yang memilih untuk meneruskan perjalanan ke Genting Highlands manakala yang lain membuat pengaturan sendiri untuk pulang ke rumah Rabu lalu, tambahnya.

Bas dari syarikat itu melakukan enam atau tujuh perjalanan setiap hari di laluan sama dari Golden Mile Complex, kata jurucakap itu.

Foto kejadian itu yang dimuat naik di Facebook oleh APM menunjukkan kakitangan ambulans membawa wanita berlumuran darah jauh dari tempat kemalangan.

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Selayang di pinggir Kuala Lumpur, menurut pos Facebook itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3