Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

2 warga yang telah divaksin maut akibat Covid-19; 1,647 kes baru di S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

2 warga yang telah divaksin maut akibat Covid-19; 1,647 kes baru di S'pura

Sep 27, 2021 | 11:49 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 1,647 kes Covid-19 baru di Singapura pada Isnin (27 September), menjadikan jumlah 89,539 kes sejauh ini.

Ini termasuk 1,280 kes dalam masyarakat dan 362 penghuni asrama. Baki lima adalah kes import.

Dua orang - seorang wanita warga Singapura berusia 80 tahun dan seorang lelaki warga Singapura berusia 74 tahun - juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah 80 kematian Covid-19 di sini.

Kedua-dua mereka telah divaksin tetapi mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan.

Sementara itu, 1,288 kes kini sedang dirawat di hospital. Seramai 194 daripada mereka memerlukan sookngan oksigen dan 27 pesakit berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam masa 28 hari lalu, daripada 21,935 individu yang dijangkiti, 98 peratus mengalami simptom ringan atau tidak menunjukkan simptom. Sekitar 1.7 peratus daripada mereka memerlukan sokongan oksigen, 0.2 peratus memerlukan penjagaan ICU dan 0.1 peratus telah meninggal dunia.

Hingga Ahad, 82 peratus penduduk telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3