Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 bas elektrik awam dengan cas lebih pantas sedia berkhidmat

Mula khidmat di laluan perkhidmatan 38, 40 SBS Transit dari Bedok dan 176 kendalian SMRT dari Bukit Panjang
Aug 26, 2021 | 05:30 AM



PENUMPANG bas dari Bedok dan Bukit Panjang berpeluang menaiki antara 20 bas elektrik satu tingkat dan tiga pintu pertama di jalan raya Singapura mulai semalam.



Bas itu akan mula berkhidmat secara bertahap di laluan perkhidmatan bas 38 dan 40 kendalian SBS Transit dari pusat pertukaran bas Bedok serta perkhidmatan bas 176 dan 976 kendalian SMRT dari pusat pertukaran bas Bukit Panjang, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Bas itu merupakan kumpulan terakhir bas elektrik yang digunakan di sini daripada 60 bas elektrik yang dibawa masuk oleh LTA pada 2018.



Ini merupakan sebahagian daripada matlamat jangka panjang agar kesemua 5,800 bas awam Singapura menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040.



Ini termasuk bas elektrik dan hibrid.



Secara keseluruhan, 60 bas elektrik itu dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida keseluruhan sebanyak hampir 8,000 tan setahun.



Ini sama dengan jumlah yang dilepaskan 1,700 kereta.



Sebanyak 20 bas baru yang dibekalkan ST Engineering Mobility Services itu akan dicas menggunakan alat pengecas pantograf lebih laju di pusat pertukaran bas Bedok dan Bukit Panjang.



Satu alat di atas bas itu akan dihubungkan dengan talian elektrik di atasnya untuk mengecas bateri bas tersebut.



Baki 40 bas elektrik itu menggunakan alat pengecas konvensional di depoh bas.



Alat pengecas pantograf itu mempunyai kuasa hingga 450kW, iaitu tiga atau lima kali lebih banyak daripada pengecas biasa di depoh bas.



Dengan pengecas pantograf juga pemandu bas boleh mengecas bas semasa waktu rehat 10 hingga 15 minit di pusat pertukaran bas sebelum meneruskan perjalanan mereka.



Ini akan memberi mereka kuasa bateri mencukupi bagi perjalanan hingga 48 kilometer.



Bas baru itu akan mengambil masa setengah jam untuk dicas sepenuhnya dan ini akan membolehkannya dipandu bagi jarak hingga 130 kilometer bagi setiap cas.



Terdapat dua pengecas pantograf di setiap pertukaran bas itu.



Bercakap kepada media semasa pelancaran bas elektrik baru itu semalam, Menteri Pengangkutan S. Iswaran berkata 40 bas elektrik yang telah digunakan secara bertahap sejak April tahun lalu telah menunjukkan hasil baik.



Ini juga telah menyebabkan pelepasan karbon dioksida berkurangan sebanyak 60 peratus berbanding bas menggunakan disel, dengan mengambil kira pelepasan yang dihasillan grid kuasa, dan penjimatan kos bahan api sebanyak 50 peratus berdasarkan setiap kilometer.



"Ini sahaja sudah merupakan satu hasil ketara dan ditambah pula dengan manfaat dari segi pengurangan bunyi bising," ujar Encik Iswaran.



LTA berkata bas elektrik menghasilkan sekitar 75 desibel bunyi, iaitu tiga desibel lebih rendah daripada bas disel Euro 6 biasa.



Ini bermakna penumpang juga boleh menikmati perjalanan lebih tenang.



Encik Iswaran berkata LTA juga mendapati kesemua bas elektrik yang digunakan memenuhi spesifikasi pengilang.



"Ini bermakna usaha awal yang dijalankan dengan bas elektrik memenuhi jangkaan.



"Ini baik kerana ini bermakna ia dapat menyokong keputusan kami bagi pemerolehan pada masa akan datang... dan bagaimana kita boleh bergerak lebih pantas dengan keyakinan tentang teknologi dan prasarana keseluruhan yang diperlukan untuk menyokongnya," ujarnya.



Namun, beliau menarik perhatian bahawa cabaran mengalihkan bas awam Singapura ke arah model tenaga lebih bersih ialah bas disel yang ada sekarang mempunyai jangka hayat tertentu dan adalah membazir untuk menamatkan perkhidmatan mereka terlalu awal.



Sementara sejumlah kecil bas elektrik sekarang digunakan bagi pengangkutan awam di Singapura, Encik Iswaran berkata ini merupakan fasa penting bagi LTA, yang sedang mengkaji pemerolehan pada masa akan datang.



Malah, alat pengecas pantograf baru itu juga akan membolehkan pihak berkuasa membuat penilaian antara teknologi mengecas berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >