Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 bas elektrik dengan pengecas lebih laju dikerah

Aug 25, 2021 | 04:15 PM



PENUMPANG yang menaiki bas dari Bedok dan Bukit Panjang berpeluang menaiki antara 20 bas elektrik dengan satu tingkat dan tiga pintu pertama di jalan raya Singapura mulai Rabu (25 Ogos).


Bas itu akan mula berkhidmat secara bertahap di laluan perkhidmatan bas 38 dan 40 kendalian SBS Transit dari pusat pertukaran bas Bedok serta perkhidmatan bas 176 dan 976 kendalian SMRT dari pusat pertukaran bas Bukit Panjang, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).


Bas ini merupakan kumpulan terakhir bas elektrik yang dikerahkan di sini daripada sejumlah 60 bas elektrik yang dibawa masuk oleh LTA pada 2018.


Ini merupakan sebahagian daripada matlamat jangka panjang agar kesemua 5,800 bas awam Singapura menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040. Ini termasuk bas elektrik dan hibrid.


Secara keseluruhan, 60 bas elektrik itu dijangka mengurangkan pengeluaran karbon dioksida keseluruhan sebanyak hampir 8,000 tan setahun.


Ini sama dengan jumlah yang dihasilkan 1,700 kereta.


20 bas baru yang dibekalkan ST Engineering Mobility Services itu akan dicas menggunakan alat pengecas pantograf lebih laju di pusat pertukaran bas Bedok dan Bukit Panjang.


Satu alat di atas bas itu akan dihubungkan dengan talian elektrik di atasnya untuk mengecas bateri bas tersebut.


Baki 40 bas elektrik yang lain menggunakan alat pengecas konvensional di depoh bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >