Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20% kakitangan kesihatan awam Muslim sudah mula pakai tudung dengan pakaian seragam: Ye Kung

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 20 peratus kakitangan penjagaan kesihatan awam wanita Muslim telah mula memakai tudung dengan pakaian seragam mereka hingga akhir bulan lalu.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) di Parlimen semalam.



"Ada kakitangan yang memilih untuk tidak melakukan demikian sementara ada yang mungkin sedang mempertimbangnya.



"Kami menghormati keputusan setiap individu," ujarnya.



Sejak 1 November lalu, kakitangan penjagaan kesihatan awam wanita Muslim di sini boleh memakai tudung bersama pakaian seragam mereka jika mereka mahu.



Dr Wan Rizal antara lain ingin tahu bagaimana respons daripada pekerja penjagaan kesihatan selepas langkah itu dilaksana.



Encik Ong berkata hospital telah melaksanakan garis panduan klinikal dan memaklumkannya kepada kakitangan untuk memastikan pematuhan syarat kawalan jangkitan demi keselamatan pesakit dan kakitangan.



Tambahnya, kakitangan yang memilih untuk memakai tudung juga telah menjalani penyesuaian bagi pelitup N95.



"Sejauh ini, maklum balas yang diterima daripada kedua-dua kakitangan Muslim dan bukan Muslim rata-rata positif, dengan kakitangan Muslim merakamkan penghargaan bagi perubahan ini, dan pesakit juga menghormati keinginan jururawat.



"Beberapa kakitangan juga menerima pujian daripada pesakit tentang pemakaian mereka yang kemas dan profesional dengan tudung," ujar beliau.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan langkah membenarkan kakitangan penjagaan kesihatan awam wanita Muslim memakai tudung dengan seragam mereka jika mereka mahu semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan Ogos lalu.



Encik Lee berkata langkah itu adalah satu pengubahsuaian yang dibuat secara berhati-hati dan sejajar dengan nilai-nilai yang berubah dari generasi ke generasi dan aspirasi pelbagai kumpulan yang semakin meningkat.



Jururawat yang ingin memakai tudung ketika bertugas perlu mematuhi garis panduan yang menghendaki mereka memastikan "tiada pakaian di bawah siku" (BBE) - salah satu panduan klinikal bagi pemakaian tudung dalam tugas yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (MOH).



Menurut garis panduan yang disediakan, tangan dan lengan hingga paras siku harus didedahkan dan bebas daripada pakaian atau barang kemas.



Lengan baju harus pendek atau digulung dengan rapi hingga paras siku bagi membolehkan akses kepada pergelangan tangan untuk teknik kebersihan tangan yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >