Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 kes baru Covid-19 di SG: 1 masyarakat, 19 import

Apr 20, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 20 kes baru Covid-19 yang disahkan sehingga tengah hari semalam, menjadikan bilangan kes koronavirus itu disini sebanyak 60,851.



Antara 20 kes baru itu, terdapat satu kes jangkitan dalam masyarakat.



Kesemua kes-kes baru itu telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.



Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Pada Ahad, seorang lelaki warga Indonesia berusia 39 tahun merupakan satu-satunya kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan di sini.



Beliau diuji positif bagi strain B117, yang dikatakan lebih berjangkit.



Beliau merupakan anak kapal tangki bunker dan tidak turun dari kapal kecuali untuk melakukan ujian dan vaksinasi Covid-19.



Beliau juga tidak menunjukkan sebarang simptom dan hanya dikesan ketika diuji pada Khamis lalu sebagai sebahagian ujian rutin.



Hasil ujian lelaki tersebut didapati positif pada keesokan harinya dan beliau dibawa ambulans ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Ujian individu yang dilakukan pada Jumaat lalu juga didapati positif pada keesokan harinya.



Ujian-ujian yang pernah dilalui lelaki itu sebahagian ujian rutin semuanya didapati negatif.



Hasil ujian serologinya turut didapati negatif, menandakan bahawa jangkitan ini berkemungkinan merupakan jangkitan semasa.



Menurut MOH, lelaki tersebut sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada Khamis lalu.



Oleh kerana vaksin tersebut tidak mengandungi virus hidup, beliau tidak mungkin dijangkiti daripada suntikan tersebut, tambah MOH.



Kementerian tersebut menambah bahawa siasatan epidemiologi sedang dijalankan, dan semua kontak dekat lelaki itu yang dikenal pasti, termasuk anak kapal tangki itu, telah diasingkan dan dikuarantin.



Lelaki warga Indonesia itu merupakan antara 23 kes baru yang dilaporkan pada Ahad, 22 daripadanya merupakan kes import, yang semuanya sudah diberi SHN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >