Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 kes pencerobohan dron di Lapangan Terbang Changi sejak tiga bulan lalu: Chee Hean

Nov 23, 2020 | 05:07 PM



SEBANYAK 20 kes operasi dron yang diterbangkan secara haram dan mencerobohi ruang udara di Lapangan Terbang Changi telah dikesan dengan pesalahnya ditangkap sepanjang tiga bulan lalu.



Namun, tiada pencerobohan membawa pada terkandasnya penerbangan di lapangan terbang berkenaan sejak Julai tahun lalu, jelas akhbar The Straits Times.



Mendedahkan demikian pada Isnin (23 November), Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, menyentuh tentang "kejayaan berpatutan" yang dicapai sejak rancangan mempertingkat kemampuan antidron dikemukakan menyusuli beberapa kejadian tahun lalu.



"Kami telah membangun kemampuan berpatutan, tetapi ini adalah bidang sangat mencabar dan terus berubah pesat kerana teknologi dron bergerak sangat pantas," kata Encik Teo kepada wartawan dalam kunjungan ke Lapangan Terbang Changi. 



Menurutnya lagi, kejayaan dapat dilihat dengan tiada pencerobohan yang mengakibatkan terganggunya penerbangan di Lapangan Terbang Changi. 



Dalam kunjungan itu, Encik Teo diberi taklimat mengenai langkah antidron yang diambil selepas operasi di lapangan terbang terjejas dua kali pada Jun 2019.



Antara 18 dengan 19 Jun, dron yang tidak mendapat keizinan penguasa membawa pada tertundanya 37 penerbangan dan menjejas operasi di salah satu daripada dua landasan kapal terbang bagi tempoh singkat. 



Pada 24 Jun pula, sekitar 15 keberangkatan dan tiga ketibaan pesawat tertunda dengan tujuh lagi penerbangan dipesongkan kerana cuaca buruk dan kegiatan dron yang tidak dibenarkan.



Dalam kunjungan pada Isnin, Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, melawat radar berhampiran landasan kapal terbang di lapangan terbang itu yang dibangunkan pada Jun 2019 bagi mengenal pasti dron.



Radar itu adalah antara sensor yang dipasang bagi memberi isyarat awal tentang operasi dron haram.



Encik Teo juga mengunjungi pusat perintah dan pengawasan bagi pengesanan dan pengurusan dron di lapangan terbang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >