Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 kumpulan besar langgar peraturan jarak selamat hujung minggu lalu

Jan 24, 2021 | 09:02 PM



SEBANYAK 20 kumpulan besar melanggar langkah jarak selamat di East Coast Park, Changi Beach, Fort Canning Park, Kallang Riverside Park dan Esplanade Park hujung minggu lalu.


Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (23 Jan), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata NParks akan mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan itu, termasuk mendenda mereka.


Beliau juga menggesa orang ramai agar berhati-hati dan mengamalkan jarak selamat semasa tempoh Tahun Baru Cina.


"Bagi menjaga kesihatan warga Singapura, agensi-agensi akan meningkatkan penguatkuasaan di pertubuhan F&B, pusat beli-belah dan tempat awam lain dalam tempoh ini, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali dan individu yang melanggar langkah jarak selamat," kata Cik Fu dengan menukil NParks, yang meningkatkan rondaan di taman dan pantai, sebagai contoh.


Beliau menasihati orang ramai agar menggunakan alat dalam talian seperti peta masa nyata NParks untuk memeriksa saiz orang ramai di ruang awam, dan untuk sentiasa mematuhi langkah jarak selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >