Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 kunjungi lapan tempat ibadat sepanjang Bencoolen

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 20 peserta terdiri daripada anggota Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) dan pertubuhan akar umbi, bukan warganegara dan penduduk Singapura telah mengunjungi lapan tempat ibadat di sepanjang Bencoolen semalam.



Ini adalah sebahagian daripada program jejak warisan, Faithful Footprints (Seluruh Negara), yang bertujuan memupuk kepelbagaian budaya, terutamanya dalam kalangan bukan warganegara dan penduduk setempat.



Mereka juga berpeluang mengunjungi Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG) yang terletak di bangunan Kementerian Pembangunan Negara (MND).



Program Faithful Footprints (Seluruh Negara) itu dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong semalam.



Ia merupakan program yang diperluaskan daripada program rintis Faithful Footprints yang diperkenal pada 2019.



Program itu khusus untuk memperkenalkan peserta yang terdiri daripada rakyat Singapura, pelajar, penduduk tetap serta rakyat baru negara ini kepada pelbagai budaya menarik yang wujud di Bencoolen sejak dua abad lalu.



Dalam ucapannya, Encik Tong berkata meskipun Singapura dilihat sebagai contoh bagi masyarakat negara lain, rakyat Singapura tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi dari segi keharmonian kaum kerana ia merupakan perkara yang perlu sentiasa diusahakan.



Beliau berkata: "Kita perlu meneruskan, dan sememangnya meningkatkan usaha, bagi mewujudkan ruang bersama di mana masyarakat kita yang pelbagai boleh berinteraksi secara harmoni, seperti di sekolah dan tempat kerja kita… kita juga mesti terus saling berkomunikasi dan berfikiran terbuka."



Antara perubahan pada program tersebut termasuk mengadakan sesi di mana peserta berkongsi dan membincangkan isu-isu mendesak dan lazim berlaku yang menjejas perpaduan sosial, keyakinan dan daya tahan negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >