Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 operasi dron haram dilapor di Lapangan Terbang Changi

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



SEPANJANG tiga bulan lalu, sebanyak 20 kes operasi dron haram yang memasuki ruang udara Lapangan Terbang Changi telah dikesan.



Namun, pencerobohan ruang udara itu tidak mengakibatkan sebarang gangguan penerbangan di lapangan terbang itu sejak Julai tahun lalu.



Semua pesalah telah ditangkap.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata ia "kejayaan berpatutan" sejak rancangan meningkatkan kebolehan anti-dron dipercepatkan berikutan beberapa insiden tahun lalu.



"Kami telah membangunkan kebolehan yang cukup berpatutan, tetapi ini merupakan sesuatu yang sangat mencabar dan terus berkembang dengan pantas kerana teknologi dron bergerak dengan sangat cepat," ujar beliau.



"Kami telah melihat kejayaan yang berpatutan. Sejak Julai tahun lalu, tiada pencerobohan yang menyebabkan gangguan penerbangan di Lapangan Terbang Changi, dan kami terus meningkatkan keupayaan ini," tambahnya.



Encik Teo sebelum itu telah diberitahu tentang langkah-langkah anti-dron yang ada di lapangan terbang tersebut, yang dikuatkuasa sejak operasi di sana terganggu dua kali akibat penggunaan dron secara haram pada Jun 2019.



Kejadian pertama ialah antara 18 dan 19 Jun 2019 apabila dron yang tidak dibenarkan memasuki ruang udara Changi, mengakibatkan kelewatan pada 37 penerbangan dan operasi di lapangan terbang tersebut terjejas di salah satu daripada dua landasannya bagi jangka masa pendek, lapor The Straits Times.



Pada 24 Jun pula, sekitar 15 penerbangan luar dan tiga penerbangan masuk terjejas, dan lagi tujuh penerbangan terpaksa dialihkan akibat cuaca buruk dan aktiviti dron tanpa kebenaran.



Encik Teo, yang merupakan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional telah melawat sebuah radar dekat dengan landasan lapangan terbang itu yang didirikan selepas Jun tahun lalu untuk mengesan dron.



Radar tersebut merupakan salah satu sensor yang dipasang untuk memberi amaran awal mengenai operasi dron haram.



Beliau juga melawat pusat komand dan kawalan bagi pengesanan dan pengurusan dron di lapangan terbang itu.



Encik Teo berkata pencerobohan dron merupakan masalah yang sentiasa berubah dan sukar diselesaikan, dengan banyak lapangan terbang di seluruh dunia termasuk Singapura sedang mencuba dan menguji cara mengatasinya.



Menangkap pesalah yang mengendalikan dron secara haram itu memerlukan "pendekatan pelbagai agensi yang bersepadu", jelasnya.



"Ia memerlukan kebolehan Lapangan Terbang Changi mengesan dron dan mempunyai rangkaian kerja sangat rapat dengan polis dan agensi lain untuk dapat mengesan dengan tepat dan menangkap pelaku tersebut agar kita dapat hentikan perkara tersebut daripada berlaku," kata beliau lagi.



Sememangnya, Encik Teo berkata beliau harap tiada siapa yang perlu ditangkap, sambil menambah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah mendekati masyarakat dron untuk memastikan peranti mereka digunakan dengan selamat.



"Kami menggalakkan pengguna dron melungsuri laman (CAAS) agar apabila mereka menggunakan dron, mereka dapat menggunakannya dengan selamat dan tidak melanggar undang-undang.



"Saya rasa itu yang terbaik bagi semua," ulas Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >