Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 orang dihantar ke hospital akibat kemalangan motosikal, treler dan bas

Oct 15, 2019 | 02:34 PM



KEMALANGAN antara motosikal, treler dan bas swasta menyebabkan 20 orang dibawakan ke tiga hospital berlainan pada Ahad (13 Oktober).



 



Polis berkata semalam (14 Oktober) bahawa mereka dimaklumkan akan kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah menuju ke Ekspreswe Pan-Island pada 1.38 petang, dan 20 orang berumur antara lapan dan 68 tahun masih sedar diri apabila digegaskan ke hospital.



Difahamkan bahawa kecederaan mereka tidak memudaratkan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata 15 orang dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, tiga dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, dan dua pula ke Hospital Universiti Nasional.



Dalam sebuah video yang dimuatnaikkan ke lelaman Stomp, sebuah motosikal kelabu kelihatan di laluan ketiga jalan raya tersebut. Depan motosikal itu terkena belakang bas putih-biru. Serpihan boleh kelihatan di hadapan bas tersebut.



Kenderaan Komand Operasi Khas (SOC) dan kenderaan kecemasan juga kelihatan di jalan raya itu.



Seorang lelaki, yang hanya ingin deketahui sebagai Encik Syohir, berkata bahawa dirinya sedang memandu ke Bukit Panjang apabila ternampak kesudahan kemalangan itu. Beliau menghantar video kejadian kepada Stomp.



Pegawai pelayaran 26 tahun itu memberitahu The Straits Times: “Terdapat baca kaca di jalan raya, tapi saya tidak pasti ia datang dari mana. Ramai orang sedang menunggu di tepi jalan raya dan ada juga yang menangis.”



Polis sedang menyiasat kejadian ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >