Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 PMD dirampas dalam operasi tiga hari

Jun 04, 2019 | 09:36 AM



 





PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah merampas dan mengimpaun sekitar 20 alat mobiliti peribadi (PMD) dalam operasi tiga hari yang bermula Jumaat (31 Mei).



Mengumumkan perkembangan itu di Facebook pada 3 Jun, LTA berkata ia mengesan 31 kesalahan dalam tempoh operasi itu, yang dilaksanakan di tiga kawasan - Hougang, Telok Blangah dan Tiong Bahru.



Kesalahan itu kebanyakannya berhubung penggunaan alat yang tidak mematuhi undang-undang, serta penunggang yang menggunakan PMD mereka di laluan yang tidak dibenarkan.



Mengikut Akta Mobiliti Aktif, PMD tidak boleh digunakan di jalan raya dan perlu memenuhi syarat tertentu, seperti berat maksimum 20 kilogram dan kelajuan tidak melebihi 25 kilometer sejam.



PMD yang diimpaun termasuk dua yang seberat 33 kilogram dan 28 kilogram.



Dalam pos FB, LTA berkata seorang penunggang basikal ditahan kerana menunggang basikal terlalu laju di laluan pejalan kaki, di mana had kelajuan ditetapkan pada 10 kilometer sejam bagi kededua basikal dan PMD.



Ia juga mengimpaun dua e-skuter yang tidak sepadan dengan butiran pendaftaran. LTA tidak memberikan sebarang butiran lanjut tentang kes-kes ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >