Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200 agensi keselamatan diperiksa MOM bagi pastikan aturan masa kerja dan kerja lembur dipatuhi

MOM
Oct 15, 2021 | 05:30 AM



MOM memeriksa sekitar 200 agensi keselamatan swasta dari April hingga Ogos, untuk memastikan mereka mematuhi masa kerja dan had masa kerja lembur.



Ia mendapati sekitar sepertiga agensi melanggar undang-undang.



Sedang kebanyakannya adalah kesalahan kecil, MOM mengatakan ia akan mengambil tindakan terhadap 15 daripadanya kerana melanggar had masa kerja lembur.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MOM berkata siasatannya mendapati pengawal keselamatan daripada Erawan dan Volantra diarahkan bekerja daripada satu syif ke satu syif yang lain.



Ia menambah bahawa pihak berkepentingan telah berusaha memperbaiki gaji dan kesejahteraan sekitar 50,000 pengawal keselamatan sejak penubuhan Kelompok Tiga Pihak Keselamatan pada 2013.



Kelompok itu melibatkan wakil daripada kesatuan sekerja, majikan, pembeli khidmat dan pemerintah.



Pada 2017, ia membuat saranan agar ditiadakan pengecualian daripada had kerja lembur mula Januari tahun ini.



Pemerintah menerimanya dan sektor keselamatan tidak lagi dikecualikan daripada had kerja lembur sebanyak 72 jam sebulan.



Pengarah jabatan penguatkuasaan piawaian pekerjaan MOM, Cik Christine Loh, berkata kementerian itu komited melindungi kebajikan pekerja.



"Sedang kita terus mendidik pekerja mengenai hak mereka, kita juga perlu menjalankan pemeriksaan di tapak secara kerap, mengambil tindakan tegas terhadap majikan tidak bertanggungjawab dan didapati melanggar undang-undang," kata beliau.



"Agensi keselamatan seharusnya merujuk kepada Nasihat Tiga Pihak dalam Memastikan Kemampanan di Sektor Keselamatan, akibat pandemik Covid-19 untuk merancang pada masa depan dan memanfaatkan huraian menggunakan teknologi bagi mengoptimumkan tenaga kerja."



Mereka yang mempunyai maklumat tentang sebarang pelanggaran diminta melaporkannya kepada MOM melalaui laman webnya. Semua maklumat akan dirahsiakan.



Majikan tidak bertanggungjawab dan didapati melanggar Akta Pekerjaan boleh dikenakan denda hingga $5,000 bagi setiap kesalahan.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >