Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200 kehidupan baru ditemui di Hutan Simpanan Bukit Timah

May 25, 2019 | 05:59 PM



SEKITAR 200 spesies kehidupan baru telah ditemui di Hutan Simpanan Bukit Timah, termasuk 40 spesies labah-labah dan kumbang yang tidak pernah ditemui di sini.

Lagi 160 spesies tanaman juga ditemui, menambah kepada penemuan daripada tinjauan lalu, kata Lembaga Taman Negara (NParks), menukil hasil tinjauan menyeluruh yang dilakukan baru-baru ini. 

Tinjauan itu – yang pertama dilakukan di hutan simpanan itu dalam dua dekad – dijayakan oleh lebih 300 pengkaji daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), NParks dan pakar alam.

Ia kali pertama diusulkan pada 2014, tetapi hanya dilaksanakan selepas hutan simpanan ditutup untuk menjalani kerja pemulihan dan peningkatan, kata NPark, dalam kenyataannya semalam.

Menurut NParks, hasil tinjauan itu menambah kepada nilai saintifik hutan simpanan itu dan menunjukkan ia perlu terus dipelihara.

“Walau saiznya kecil, hutan simpanan ini mengandungi pelbagai spesies kehidupan, dengan spesies baru terus ditemui,” kata NParks.

Hutan Simpanan Bukit Timah merangkumi kawasan seluas 163 hektar dan merangkumi kurang 1 peratus saiz Singapura. Namun, ia mengandungi 55 peratus spesies tanaman dan 84 peratus spesies haiwan amfibia yang berasal dari Singapura.

Antara penemuan yang paling penting dalam tinjauan itu ialah sejenis haiwan mirip ulat atau ular kecil bernama caecilian jalur kuning – sejenis amfibia sukar ditemui dan kali terakhir di lihat di Singapura pada 1989.

Hasil tinjauan itu kini diterbitkan dalam keluaran khas The Gardens’ Bulletin Singapore.

Dalam pada itu, NParks berkata penutupan hutan simpanan itu telah memberi peluang hutan pulih. 

Pengkaji mendapati bahawa fenomena pemadatan tanah – yang menyebabkan tanah terhakis – dan kadar penghakisan tanah telah berkurangan, kata NParks.

NParks turut menekankan kerapuhan hutan simpanan itu, sesuatu yang ditonjolkan oleh tinjauan tersebut.

Walau banyak spesies kehidupan baru ditemui, kebanyakan spesies ini didapati tidak wujud dalam jumlah yang banyak, kata NParks.

“Hasil tinjauan ini menunjukkan kerapuhan Hutan Simpanan Bukit Timah dan peri pentingnya memperkukuh usaha pemeliharaan dan daya tahan hutan simpanan itu,” ujar NParks, yang berkata ia telah menambah jumlah taman ‘pendinding’ di sekeliling hutan simpanan itu dan Hutan Simpanan Central Catchment.

Malah, kata NParks, Taman Alam Rifle Range yang dijadual siap pada 2020 dan lagi tujuh taman alam di kawasan itu akan menjadikan hutan simpanan lebih berdaya tahan, walau dijejas pembangunan bandar dan kesan perubahan iklim.

NParks menyambut Hari Antarabangsa bagi kepelbagaian biologi, yang jatuh pada 22 Mei, dengan mengadakan pelbagai acara dan kegiatan selama seminggu yang berakhir hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >