Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200 peluang latihan kelautan disediakan dalam pandemik Covid-19

Aug 25, 2020 | 08:05 PM



DI sebalik cabaran pandemik Covid-19, syarikat kelautan di Singapura bersatu hati bagi menyediakan peluang pekerjaan buat penduduk Singapura dan penduduk tetap negara ini.



Dalam satu webinar Make Maritime Your Next Port Of Call pada Selasa (25 Ogos), Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, mengumumkan bahawa Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) kini bekerjasama dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan syarikat kelautan bagi menyediakan lebih 200 tempat latihan kejuruan buat lulusan baru. 



Beliau menambah menerusi Program Latihan Kejuruan SGUnited, lulusan ini akan dilatih membangun kemahiran dan pengalaman yang relevan dalam industri kelautan. Individu yang sudah membangunkan kerjaya mereka selama beberapa tahun atau berada dalam peringkat pertengahan kerjaya ('mid-career') juga diberi peluang bekerja sambil belajar di syarikat kelautan ini.



Latihan kejuruan ini ditawarkan oleh syarikat dalam sektor pelabuhan dan perkapalan seperti PSA, Jurong Port,  Maersk Singapore, Bernhard Schulte Ship Management dan syarikat kelautan di bawah Kuok Group. Bidang-bidang ini meliputi jurusan komersial, operasi, kejuruteraan, teknologi infokom dan kerja korporat.



MPA dengan kerjasama inisiatif SkillsFuture Singapore dan WSG juga telah mengemaskinikan Rangka Kerja Kemahiran bagi Pengangkutan Laut dalam menyediakan maklumat tentang tugasan khusus seperti spesialis tampungan kargo, analitis data dan penyepaduan teknologi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >