Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

200 pesakit barah buah dada diuji positif tahap agresif diklasifikasi semula sebagai negatif

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 200 pesakit Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) telah diuji negatif bagi satu ujian yang menentukan betapa agresif barah buah dada yang mereka hidapi sehingga 23 Disember lalu selepas diuji positif sebelum ini.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, berkata lapan daripada mereka dirawat di hospital privet dan baki 192 pesakit dirawat di hospital pemerintah. Seramai lapan pesakit masih menunggu ujian semula.



Ini selepas siasatan awal yang dijalankan makmal di hospital itu menunjukkan bahawa beberapa keputusan ujian bagi reseptor faktor pertumbuhan epidermis manusia 2 (HER2) (Human Epidermal Growth Factor Receptor 2) - iaitu ujian yang digunakan untuk menentukan betapa agresif barah buah dada supaya karyawan perubatan boleh memberikan rawatan yang tepat - mungkin tidak tepat.



Disebabkan itu, pesakit telah menerima rawatan yang tidak diperlukan, yang boleh menimbulkan kesan sampingan seperti cirit- birit, seram sejuk dan keletihan.



Sekitar 3 hingga 4 peratus daripada mereka yang menjalani rawatan diarahkan HER2, misalnya herceptin, juga mungkin mengalami masalah jantung.



"Pasukan penjagaan bersama telah dibentuk, merangkumi pakar bedah, pakar histopatologi, dan pakar onkologi yang merawat di KTPH, untuk menyemak pelan penjagaan individu bagi pesakit yang terjejas ini, berdasarkan perubahan dalam status HER2.



"KTPH dan pakar onkologi yang merawat sedang dalam proses mendekati pesakit ini secara aktif untuk melakukan pendedahan terbuka dan menilai pesakit ini bagi sebarang kesan sampingan berpotensi disebabkan rawatan tidak diperlukan," kata Dr Koh di Parlimen semalam.



Dr Koh menambah bahawa KTPH juga sedang menyemak bil pesakit yang terjejas, dengan bahagian bil yang dikenakan bagi rawatan tidak diperlukan itu akan dipulangkan sepenuhnya.



Hospital itu juga sedia memberikan sokongan klinikal dan kewangan, termasuk rawatan yang sedang dijalankan atau susulan, jika ada, yang mungkin diperlukan disebabkan rawatan berlebihan itu.



KTPH telah dimaklumkan makmalnya pada 19 November tahun lalu bahawa ujian untuk memeriksa sesetengah antigen dalam sampel tisunya (immunohistochemistry) bagi HER2 menghasilkan kadar keputusan positif yang lebih tinggi daripada dijangkakan bagi pesakit barah buah dada.



Menyusuli siasatan awal yang menunjukkan beberapa keputusan HER2 itu mungkin tidak tepat, Kementerian Kesihatan (MOH) telah bekerja rapat dengan KTPH untuk memastikan pesakit yang terjejas diberikan sokongan.



Hospital itu juga telah menghantar sampel semua pesakit yang diuji positif bagi HER2 sejak 2012 - apabila ujian HER2 kali pertama bermula di KTPH - ke makmal luar untuk diuji semula bagi menentukan berapa banyak yang telah menerima keputusan tidak tepat.



Siasatan awal makmal KTPH menunjukkan keputusan tidak tepat ujian itu mungkin disebabkan proses pewarnaan tidak optimum, dan makmal itu telah berhenti melakukan ujian HER2 sejak itu.



Dr Koh berkata Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) juga telah membentukkan jawatankuasa semakan bebas untuk melakukan penilaian menyeluruh ke atas kejadian itu bagi memahami kelemahan yang telah berlaku dan menyarankan langkah-langkah yang wajar untuk mempertingkat proses tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >