Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,000 orang sertai acara berbasikal beramai-ramai

May 08, 2022 | 04:32 PM



Seramai 2,000 penunggang basikal menyertai acara berbasikal OCBC, City Ride pada Ahad (8 Mei), iaitu acara beramai-ramai secara fizikal yang pertama sejak pelonggaran sekatan Covid-19. 



Para peserta mula berbasikal seawal 5 pagi dari Hab Sukan Singapura dan berbasikal di laluan sepanjang 19 kilometer dengan pemandangan indah di Jembatan Benjamin Sheares dan berakhir di Stadium Negara, menurut kenyataan penganjur. 



Acara itu telah menarik semua lapisan usia peserta dengan ada yang menyertainya sebagai sebuah keluarga tiga generasi. 



Salah seorang daripada mereka ialah Encik Ahmad Amin, 50 tahun yang menyertainya bersama isteri, anak lelaki dan pakciknya. 



“Berbasikal sebagai sebuah keluarga telah memberikan kami peluang untuk merapatkan hubungan, bersenam dan belajar lebih banyak tentang satu sama lain,” ujar Encik Ahmad. 



“Kami memutuskan untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam acara ini, menempah ‘staycation’ agar dekat dengan tempat acara dan memakai baju kurung kami untuk meneruskan sambutan Hari Raya,” tambah beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >