Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,000 pelancong diberi pas masuki SG tanpa kuarantin

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,000 pelancong telah diberikan pas memasuki Singapura di bawah skim perjalanan bebas kuarantin, setelah hari pertama permohonan dibuka untuk pengunjung dari lapan negara.



Seramai 2,409 pemohon yang berjaya di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) itu terdiri daripada 724 pelawat jangka pendek dan 1,685 pemegang pas jangka panjang.



Pengunjung dari Britain membentuk kumpulan pemohon terbesar, dengan 976 permohonan berjaya hingga 11.59 malam kelmarin.



Terdapat 537 pemohon yang berjaya dari Perancis dan 440 pemohon yang berjaya dari Amerika Syarikat, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam.



Permohonan dibuka pada 10 pagi kelmarin untuk pengunjung dari lapan negara - Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika - untuk memasuki Singapura pada atau selepas 19 Oktober.



Pelawat jangka pendek dan pemegang pas jangka panjang harus memohon bagi Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin untuk memasuki Singapura di bawah skim VTL.



Warga Singapura dan penduduk tetap yang divaksin sepenuhnya boleh menggunakan skim VTL tanpa perlu memohon pas.



Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah juga tidak perlu membuat permohonan pas untuk memasuki Singapura di bawah skim ini.



Pelanjutan perjalanan bebas kuarantin ke lapan negara dari 19 Oktober ini adalah langkah terbesar Singapura ke arah pembukaan semula sempadannya sejauh ini setelah pandemik Covid-19 menghentikan perjalanan Mac tahun lalu.



CAAS berkata pas-pas yang dikeluarkan itu akan membolehkan pengunjung memasuki Singapura antara 19 Oktober dengan 17 November.



Ketua Pengarah CAAS Han Kok Juan berkata: "Kami gembira dengan penerimaan yang baik dan menjangka bilangannya meningkat menjelang hujung tahun.



"Kami menggesa semua pelancong agar berjaga-jaga dan prihatin, terutama mereka yang melancong dengan kanak-kanak kecil."



Di bawah skim VTL, tidak ada sekatan diletakkan bagi tujuan perjalanan.



Jika sebelum ini pengunjung perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), di bawah skim VTL pengunjung akan dikehendaki mengambil ujian swab reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 sebelum berlepas, dan satu lagi ujian PCR sebaik tiba di Singapura.



Singapura memulakan skim VTL bulan lalu untuk pelancong yang tiba dari Jerman dan Brunei.



Antara 1 September dengan kelmarin, CAAS mengeluarkan sejumlah 5,228 Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin kepada pelancong dari Jerman (5,018) dan Brunei (210).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >